Header Ads

Ditegur Kerana Buat Bising , Wanita Dalam Pantang Ditendang Perut Hingga Pendarahan Teruk






Perlakuan sukar dijangkakalau dah marah merasuk dalam jiwa dan fikiran . Itulah nasib malang yang berlaku kepada ibu yang masih dalam berpantang .

Menurut cerita yang mulai tular dari facebook Encik Deep , kejadian itu berlaku di Blok B PPR Seksyen 8 Kota Damansara . 


video


Encik Deep mendapat panggilan telefon dari seorang ibu seperti yang tular di media itu selepas wanita berkenaan menegur sekumpulan orang yang bising dihadapan rumah beliau . 

Wanita itu menyatakan tidur anaknya terganggu kerana bunyi bising . Berang dengan mereka wanita itu kemudiannya keluar dan menegur mereka agar segera beredar .


suspek yang menendang

Nasihat itu tidak diendahkan oleh mereka malah mencabar si ibu untuk membuat bising lagi. Berlaku sedikit pergaduhan mulut lalu seorang wanita bertindak menendang perut si ibu.

Tindakan berani wanita itu mengakibatkan si ibu kini ditahan di hospital akibat pendarahan serius.

Laporan polis sudah dilakukan dan si pelaku telah melarikan diri.

Bagi yg mengenali atau ternampak si pelaku atau warisnya boleh la hubungi nombor telefon yg sy nyatakan di bawah bagi membantu siasatan.

01123084020 - Pn. Rohana (ibu mangsa)
0178703316 - Amirul (abg mangsa)
0173316584 - Harry (suami mangsa)

p/s: diharap tiada komen berunsur perkauman agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih

Sumber : Encik Dep 


www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.