Header Ads

Individu Bernama Azman Ambil Kesempatan Minta Derma RM500,000 Guna Gambar Anak Orang Lain Hidap Kanser

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Ada segelintir pihak suka mengambil kesempatan di atas sifat keprihatinan rakyat Malaysia untuk mendapatkan duit secara mudah. Banyak kali kita membaca kes dimana segelintir individu ini meminta derma dengan alasan untuk mengubati anak yang sakit tetapi menggunakan gambar orang lain. 

Terbaru, sepasang suami isteri menjadi mangsa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan gambar anak mereka yang menghidapi penyakit kanser untuk memperdaya orang ramai. 

Dengan menggunakan laman Facebook portal berita palsu Sinar Harian Online, pihak tersebut meminta derma sehingga RM500,000 untuk menampung kos rawatan yang dihidapi oleh anak lelaki pasangan terbabit. Untuk makluman laman Facebook rasmi akhbar Sinar Harian ialah Sinar Harian dan bukannya Sinar Harian Online


Pasangan suami isteri tersebut, Muhammad Zaki dan Asmah Jasmien telah menafikan keluarga mereka memerlukan wang derma tersebut. Tambah mengecewakan keluarga tersebut apabila usaha ahli keluarga mereka untuk memberi amaran kepada orang ramai tersebut gagal kerana setiap komen yang ditinggalkan pada posting palsu telah dipadam dan disekat oleh pengendali laman tersebut. 

Memetik sumber dari portal Mstar Online, bapa kepada Muhammad Aqil memberitahu akan membuat laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat akaun berkenaan daripada terus menipu orang ramai. Psoting palsu itu sehingga kini telah dikongsi hampir 971 kali. 



Muhammad Zaki tidak menafikan anaknya itu memang menghidapi penyakit kanser dan segala kos perubatan telah ditanggung Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) malah kisah anaknya itu pernah disiarkan oleh media tempatan. 

Individu bernama Azman yang disebut sebagai bapa kepada Muhammad Aqil di dalam posting palsu itu telah menggunakan gambar anak pasangan tersebut dan mengaku bahawa Aqil adalah anaknya. Lelaki tersebut dipercayai cuba mendapatkan perhatian orang ramai dengan penderitaan yang dialami oleh Aqil. 

Orang ramai dinasihati supaya tidak terpedaya dengan penipuan oleh individu tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan di atas sifat prihatin rakyat Malaysia. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.