Header Ads

Kartun Lucah Animasi Frozen Dalam Youtube , Musuh Anak-Anak Yang Kita Wajib Tahu

Nak Isu Viral? Like Page Kami:




Sayang anak tangan-tangankan , tapi ibabapa sekarang sayang anak ikutkan selalu . Sampai anak berusia umur 5 tahun dah kenal apa itu youtube ! Mana tidaknya , sikap acuh tak acuh dalam mendidik , kira pandang enteng je . 

Dulu pasti tak akan sama dengan sekarang yang dah banyak berubah , ibubapa sibuk dengan kerja seharian  .Jadi penghibur mereka agar leka adalah gadget , silapnya pada penggunaan gadget adalah tanpa pemantuan dan had . 

Bila anak dah ketagih dan kalau tak dapat sehari dengan gadget , mula mengamuk marah membentak macam tak dapat dadah . Ini perkara serius WAJIB ibubapa tangani , jangan terleka .


Perkongsian dari Dr. Taufiq Razif mengenai bahayanya YOUTUBE tanpa pengawasan dan FILTER

Musuh Anak-Anak Yang Kita Wajib Tahu!

Kejadian baru-baru ni betul-betul buat saya tersentak! Tengah-tengah malam anak saya yang berumur 3 tahun bangun dan pergi bukak handphone saya!

Rupa-rupanya dia bukak Youtube tapi lebih memeranjatkan saya bila yang keluar adalah kartun separa lucah / soft porn dengan watak Frozen di dalamnya!

Rupanya Youtube ni tak la seselamat yang kebanyakan ibubapa sangkakan. Kalau tak percaya cuba korang taip perkataan Frozen di Youtube dan korang boleh tengok sendiri betapa tak selamatnya Youtube untuk anak-anak kita!

Jadi nasihat saya, delete Youtube sekarang dan gantikan dengan Youtube Kids kalau memang anak-anak korang perlu sangat nak tengok Youtube kan. Cuma sebaiknya kurangkan la. Sekali anak-anak dah ketagih gadjet memang susah nak buang dah sebab otaknya dah terikat dengan dopamine ataupun 'hormon gembira' yang memenuhi otak si dia bila tengah main gadjet.

Google pun lagi la tak selamat. Mana tahu ada anak kita nak buat assignment sekolah ke kan dan terpaksa guna internet untuk siapkan assignment tu. Ganti je Google tu dengan Kiddle. Saya dah cuba taip perkataan-perkataan tak elok. InsyaAllah memang tak keluar langsung. Filter Kiddle ni memang terbaik!

p/s : Tolong sebarkan benda ni kat keluarga & kawan-kawan yang lain jugak. Semoga anak-anak mereka juga terselamat daripada fitnah teknologi akhir zaman tanpa sempadan ni.


www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.