Header Ads

Neraka 3 Adik Beradik Kena Ratah Dengan Abang Kandung, Ibu Pula Tak Percaya Anggap Cuma Gurauan




Hampir gugur jantung bila baca berita ini. Sungguh tak sangka seorang abang kandung sanggup merogol tiga adiknya sendiri di rumah mereka di Sungai Petani. Apa nak jadi dengan zaman sekarang ni? 

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda berkata kejadian tersebut berlaku 9 pagi semalam selepas remaja lelaki yang berusia 18 tahun itu telah memaksa adik perempuannya sendiri yang berusia 8 tahun melakukan sumbang mahram di sebuah rumah kosong yang terletak bersebelahan rumah mereka. 

Selepas merogol adiknya itu, suspek bertindak mengugut akan memukul adiknya itu jika memberitahu kepada sesiapa terutama kepada ibu bapa mereka. Mangsa tetap memberitahu kejadian yang berlaku kepada ibu mereka yang nyata amat terkejut dengan pendedahan tersebut. 

Ibunya kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani. Hasil soal siasat pihak polis mendapati remaja lelaki tersebut pernah merogol adiknya yang lain berusia 9 tahun dan 14 tahun.  

Sebelum ini tiada laporan polis dibuat kerana ibunya menyangka anak-anaknya hanya bergurau apabila memberitahu abang kandung mereka pernah melakukan perbuatan terkutuk itu sebelum ini. 

Suspek bagaimanapun telah ditahan pihak polis dan perintah tahanan reman telah dipohon dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.