Header Ads

Pasangan Kekasih Berpura-Pura Jumpa Mayat Bayi Dibuang Dalam Longkang, Tetapi Akhirnya Kantoi Mayat Bayi Milik Mereka Sendiri

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Sepasang kekasih yang juga merupakan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan pihak polis kerana cuba menyembunyikan kelahiran bayi luar nikah semalam mengikut satu laporan dari Berita Harian. 

Pasangan tersebut berpura-pura kononnya terjumpa mayat bayi lelaki di dalam longkang di Klinik Kesihatan Bukit Sagu dekat Kuantan kira-kira jam 4 petang. Suspek lelaki berusia 27 tahun bekerja di sebuah syarikat badan berkanun manakala pasangannya pula berusia 20 tahun merupakan penuntut IPT. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, penemuan mayat bayi lelaki tersebut dalam keadaan yang cukup menyayat hati dibalut surat khabar serta dimasukkkan ke dalam beg plastik sampah berwarna biru. 

Suspek wanita tersebut membawa mayat bayi lelaki berkenaan ke Pondok Polis Bukit Goh dengan. Setelah pihak polis menyiasat beberapa soalan, wanita itu mengaku akhirnya bayi berkenaan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan tersebut. 

Setelah siasatan dilakukan mendapati seorang wanita dipercayai ibu bayi lelaki tersebut memberi maklumat kepada penahanan teman lelakinya di Felda Bukit Sagu. "Kedua-duanya direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.