Header Ads

Pelajar Tingkatan 1 Racun Rakan Sendiri Kerana Tidak Tahan Dibuli



gambar hiasan

Baru berusia 13 tahun dah tahu nak balas dendam dengan cara sebegini sekali ? Namun itulah realiti yang berlaku di salah sebuah sekolah di Sarawak .

Menurut laporan Mstar , pihak telah seorang menahan pelajar Tingkatan Satu kerana disyaki meracuni rakan sekelasnya dengan memasukkan racun lipan pada makanan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada tengah hari Khamis lalu dan pelajar itu ditahan di kediamannya di Sri Aman pada pukul 2.30 pagi Jumaat.


Mangsa juga berusia 13 tahun dan merupakan rakan sekelas diberikan sepaket mee yang telah diletakkan racun tikus 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak , Datuk Dev Kumar mangsdikejarkan ke Hospital Sri Aman oleh kakitangan sekolah berkenaan selepas mulai muntah hanya beberapa minit selepas menjamah makanan yang diberi suspek. Setakat ini mangsa masih sedang di rawat di hospital berkenaan .

Panik selepas melihat mangsa dikejarkan ke hospital , pelajar berkenaan bertindak melarikan diri . Pihak polis berjaya menjejak rumah dan mangsa bersama sekotak racun lipas ketika menahan pelajar tersebut 

Dalam masa yang sama , bapa mangsa dikatakan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman selepas seorang guru memaklumkan mengenai tindakan budak lelaki itu meracun anaknya.

Walaubagaimanapun , pada jam 5 petang tadi datuk kepada suspek hadir membuat laporan di Balai Polis Sri Aman dan mendakwa tindakan cucunya itu adalah untuk pembalasan kerana sering membulu cucunya itu 

Menurutnya , suspek berbuat demikian kerana tidak tahan sering dibuli rakan sekelasnya itu dengan memeras wang saku dan makanannya .

Berikutan kes itu tular di media , netizen berpendapat kes seperti ini adalah tidak sepatutnya berlaku .



sumber : Mstar
www.kakishare.my





No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.