Header Ads

Peminat Linkin Park Seluruh Dunia Luah Rasa Sedih Dengan Berita Tragis Vokalis Utama Chester Bennington Bunuh Diri




Bagi peminat yang membesar dengan lagu-lagu Linkin Park terkejut dengan berita kematian penyanyi utamanya iaitu Chester Bennington, 41 yang ditemui mati selepas mengantung dirinya di rumah persendirian di Palos Verdes Estate, Los Angeles pada Khamis jam 9 pagi waktu tempatan. 

Chester sebelum ini bergelut dengan masalah alkohol dan dadah selama bertahun-tahun dan pernah meluahkan hasrat untuk membunuh diri kerana pernah didera ketika kecil oleh seseorang yang lebih tua. 

Menurut sumber, Chester berasa kehilangan kawan rapatnya iaitu vokalis Soundgarden, Chris Cornell yang juga membunuh diri dengan mengantung dirinya pada bulan Mei lalu. Ketika itu dia menulis satu surat penuh emosi yang menggambarkan kesedihan yang melanda dirinya. 


Linkin Park merupakan sebuah kumpulan alternatif/nu metal yang sangat popular sekitar tahun 2000 dengan lagu-lagu hit seperti In The End, Numb, Crawling dan sebagainya. Lagu mereka menjadi ikutan dan siulan anak muda ketika itu. 

Rata-rata peminat Linkin Park meluahkan rasa sedih dengan berita pemergian vokalis tersebut. 






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.