Header Ads

'Suami Kata Ada Urusan Kerja Di Ipoh, Tapi Dalam Senyap Sudah Kahwin Dengan Perempuan Lain'




Jika ditanya pada mana-mana wanita yang bergelar isteri, pasti tidak rela untuk dimadukan. Apatah lagi jika suami pula berkahwin dalam senyap-senyap tanpa pengetahuan. 

Bertambah sedih lagi jika si isteri dapat tahu si suami telah berkahwin dari orang lain. Mungkin sudah ada tanda-tanda jika suami kerap memberi pelbagai alasan seperti terpaksa ke luar kawasan atasan urusan kerja. Mungkin ya atau mungkin tidak. 

Apa yang terjadi kepada seorang wanita ini mungkin seperti dalam drama TV tetapi ianya berlaku dalam kehidupan seharian. Semoga kisah yang dipetik dari laman Kisah Rumah Tangga ini menjadi satu tauladan untuk semua.  

'Suami Kahwin Lagi Satu Dalam Senyap'

Saya seorang isteri bekerjaya. Mempunyai tiga orang anak. Menetap di KL. Baru-baru ini, hujung minggu, kawan ada menghubungi saya, bertanya saya ada di mana. Saya jawab saya ada di rumah. Saya tanya 'kenapa?'. Rupanya kawan saya ternampak kereta suami di sebuah rumah. Kebetulan kawan lalu kawasan tersebut. Hairan juga sebab suami kata dia ada urusan bisnes di Ipoh.

Untuk pengetahuan semua, saya, suami dan kawan adalah rakan sepengajian semasa di universiti dulu. Tanpa banyak soal, saya minta pengasuh ank2 tolong jagakn mereka sementara saya ke lokasi suami. Ketika memandu, saya call suami, tapi tak diangkat.

Sampai di rumah tersebut, saya bagi salam. Seorang budak perempuan dlm lingkungan 7tahun buka pintu dan panggil 'Mommy! Walid! Ade orang dtg'. Tiba-tiba terpampang muka suami di muka pintu. Lemah longlai saya waktu itu. Terpana dengan situasi ini.

'Tak Rela Kena Madu Macam Ni'

Saya tunggu dalam kereta, dan suami masuk dalam kereta saya. Menangis tanpa henti, meraung saya ketika itu bila suami kata dia telah menikahi perempuan tersebut hampir 6bulan. Seorang janda. Saya tanya kenapa tak terus terang? Kenapa sembunyikan semua ini? Kenapa madukan saya tanpa pengetahuan saya sendiri. Suami hanya diam.

Dari jauh saya nampak perempuan tu keluar rumah. Saya cepat-cepat suruh suami keluar dari kereta. Saya tak ingin tengok muka perempuan tu. Sebab saya akan teringat nanti.

Sampai dirumah, saya kemaskan segala pakaian saya dan anak-anak. Saya mesej suami, minta izin untuk bercuti selama beberapa hari. Hari ini, saya masih bersendiri dengan anak2. Saya kecewa dengan perbuatan suami dan perempuan itu.

Tiada perempuan yang rela dimadukan dengan cara begini. Tergamak mereka menipu di belakangku. Madu yang tersembunyi selama itu menjadi racun dalam diri ini. Membunuhku secara senyap. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.