Header Ads

[VIDEO} Akibat Tengah Syok Ambil Gambar, Video Wanita Kena Ragut Jadi Tular

Nak Isu Viral? Like Page Kami:



Kejadian ragut yang melibatkan seorang wanita dalam lingkungan umur 20-an berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Tasik Jaya, Senawang.

Dalam rakaman, seorang wanita dilihat sedang mengambil gambar mangsa sebelum diragut oleh seorang penunggang motosikal berwarna jingga.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis barang yang diragut suspek kerana rakaman berkenaan terlindung oleh badan mangsa.

Menurut laporan mStar Online, suspek dipercayai sudah meninjau keadaan sekeliling terlebih dahulu dan bertindak berpatah balik dalam tempoh 12 saat untuk meragut mangsa.

Rakaman yang dimuat naik oleh Omar Ahmad di laman Facebooknya itu telah menjadi tular di laman sosial dan ini merupakan insiden kedua yang berlaku di kawasan kejiranannya. 

"Pada hari raya ketiga yang lalu berlaku (kejadian ragut) di depan rumah saya pada waktu malam. Kini, berlaku di depan rumah jiran saya. Peragut ini dikatakan pernah dilihat berkeliaran di Hentian Komuter Senawang. Sesiapa ada maklumat, segera laporkan kepada polis," tulisnya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.